Thursday, March 28, 2013

Kurang Makan Nasi, Petua Langsing Hanez Suraya

28 Mac 2013 Semasa menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tujuh tahun lalu, tubuh badan Hanez Suraya Abdul Aziz tidaklah selangsing seperti sekarang, sebaliknya lebih berisi.

Kekasih kepada penyanyi bersuara romantis, Awi Rafael ini menyatakan dia sekarang lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan serta pemakanannya agar badannya kekal langsing seperti sekarang.
“Sebenarnya saya sangat menitikberatkan kesihatan, mungkin dulu saya tidak perasan dengan bentuk badan yang agak berisi tetapi sekarang saya bangga dengan apa yang dimiliki. Untuk merealisasikan semua itu, saya perlu berkorban dan mengamalkan diet. Apa yang penting, saya mengurangkan pengambilan nasi serta makanan berminyak,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, Hanez juga mengambil suplemen untuk menjadikan dirinya sentiasa kelihatan segar dan nampak sihat selalu.
“Sebagai selebriti, saya juga terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, adakala saya kerja lebih masa dan sangat penat. Jadi, saya mengambil suplemen multivitamin supaya lebih sihat dan nampak segar sentiasa,” katanya.
Ketika ditanya bahagian anggota tubuh badan yang mana yang menjadi kegemarannya, Hanez yang selalu menjayakan watak antagonis ini menyatakan dia amat menyukai mata dan rambutnya yang disifatkan sebagai anugerah yang cukup hebat yang ada pada dirinya.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!