Tuesday, March 5, 2013

Kurang 3 Jam Askar Kerjakan Penceroboh!



Setakat yang diketahui ketika ini, segala operasi di Lahad datu sudah hampir ke penghujung, namun belum berakhir.
Dengar kata, tidak ada satu kehilangan jiwa pun di pihak Angkatan Tentera Malaysai (ATM).
Tahniah!

Tentera memulakan serangan jam 7 pagi dan dalam lingkungan 10 pagi, pencerobohan berakhir. Operasi selepas itu adalah mopping out atau membersihkan sepenuhnya saki-baki penceroboh.
Serangan dimulakan dengan pengeboman oleh jet pejuang diikuti dengan serangan mortar sebelum pasukan darat tentera dan polis bergerak masuk.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiga buah jet pejuang F-18 dan lima buah Hawk telah digunakan dalam operasi berkenaan.
Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said pula berkata, hari ini terbukti bahawa kemampuan ATM dapat dilihat bila wujud keperluan untuk pihak itu bertindak.
“Bila tiba masanya, kita akan gunakan semua aset yang ada untuk melawan musuh, terbukti hari ini, kita dapat laksanakan bila tiba masanya,” katanya.’
Beliau memberitahu demikian ketika dihubungi pihak TV3 pagi ini.
Mesej: Jangan pandang rendah askar kita.






0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!