20 March 2013
CERITA tentang penerbitan buku biografi
isteri Perdana Menteri merangkap ‘Wanita Pertama’ Malaysia, Datin Seri
Rosmah Mansur, bukanlah satu perkara baru baru. Awal Disember tahun
lepas lagi berita mengenainya telah tersebar luas berikutan majlis pra
pelancarannya yang disempurnakan oleh Sultan Pahang.
Kononnya buku setebal 180 halaman itu
bertujuan untuk menjawab segala ‘fitnah dan adu domba’ yang dilemparkan
kepada Rosmah sepanjang menjadi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Rakyat pun tertanya-tanya juga, apa fitnah yang dilemparkan kepada Rosmah? Dah berapa banyak saman yang dikemukakan Rosmah di Mahkamah
kalau benar semua tuduhan tidak baik yang dilemparkan kepadanya sebelum
adalah satu fitnah? Bukan satu rahsia, di negara ini hanya ada satu
jalan saja untuk mematahkan fitnah, saman.
Kalau ada saman baru boleh dipanggil fitnah, kalau tidak ada saman, bukan fitnah.
Tapi itu tidak penting, yang penting ialah, kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri sanggup hadir untuk merasmikan biografi penuh mengenai Rosmah ini?
Pada pendapat suarapakatanrakyat.com, Mahathir
tidak perlulah bersekongkol dengan Rosmah, lebih-lebih lagi dalam
umurnya sekarang. Takut nanti, elok-elok rakyat kenang Mahathir sebagai
Negarawan Ulung, dah bersekongkol dengan Rosmah, langsung jadi Negarawan Polong.
Maklum sajalah, negara kita masih tidak
habis lagi dengan puaka Rosmah yang sedang mengganas, paling tidak 2
nyawa dah melayang yang boleh dikaitkan dengan puaka tersebut, lagi
Mahathir mahu merendahkan maruahnya dengan merasmikan buku Rosmah.
Itupun kalau benda itu (maruah) masih adalah.
Apa pun inilah rupanya bagi seorang
bekas pemimpin yang banyak membuat onar semasa berkuasa dulu. Tak payah
susah-susah Pakatan Rakyat menjatuhkan imej Mahathir, imej itu jatuh dengan sendiri apabila dia hadir merasmikan buku Rosmah ini.
Bijak-bijak Mahathir seperti yang disebutkan ramai orang pun, rupa-rupanya banyak juga bodoh orang tua ni.
Sepatutnya Mahathir merujuklah kepada
bijak pandai agama seperti Dr. Asri Zainul Abidin (Maza) sebelum
bersetuju untuk merasmikan buku Wanita Puaka (bukan Wanita Pertama ya)
ini. Maza awal-awal lagi telah menyarankan rakyat supaya tidak
membazirkan wang untuk membeli buku tersebut.
0 comments:
Dí lo que piensas...