24 March 2013
Aku
betul2 tak sangka, pembunuh seperti Jamalul Kiram III ini yang
bertangungjawab terhadap kematian 10 anggota pasukan keselamatan negara
juga takut mati.
Ini setelah Setiausaha kepada lanun Sulu ini,
Abraham Iridjani mengadu mengenai kehadiran 4 anggota komando Malaysia
di negara itu bersedia untuk membunuh ketuanya. Lebih menarik, boleh
pulak si Iridjani ini tahu pulak pangkat ketua pasukan komando tersebut dan kekuatan mereka!!
Begitu seriusnya perkara tersebut sehingga Menteri Pertahanan Malaysia pun terpaksa keluar kenyataan menafikannya.
Agaknya bodoh juga komando Malaysia ni yang datang dalam misi membunuh
di negara asing, mewar-warkan kehadiran mereka kepada sasaran yang nak
dibunuh, apa tak bagi bunga dan kad nama sekali?
Bagaimanapun, aku perlu akui, misi seumpama ini memang berlaku di mana-mana hampir setiap masa.
CIA, NSA, Mossad, FSB dan kebanyakkan agensi perisikan dunia yang lain
sering kali melakukannya untuk menghapuskan musuh negara masing-masing,
tapi bukanlah begitu bodoh nak maklumkan kepada dunia kehadiran mereka.
Operasi seumpama itu biasanya dilakukan dengan penuh kerahsiaan dan
dilakukan oleh agen yang terlatih dengan teknik ‘stealth killing’,
seperti penggunaan racun dan lain-lain.
Hantar komando ini
untuk operasi serangan terbuka melibatkan kuasa tembak yang agak banyak.
Jelasnya disitu, tidak logik langsung negara ini nak hantar komando
untuk membunuh Kiram kerana ia akan memburukkan hubungan baik dengan
Filipina selain melibatkan risiko yang tinggi.
Walaupun kita tahu elemen Group Gerak Khas (GGK) ATM ada unit yang boleh jalankan tugas seumpama itu.
Maklum sajalah, tidak ada kerajaan dalam dunia yang menyokong pembunuhan rakyatnya oleh pihak asing dalam negara sendiri!!
Dalam masa yang sama, tertanya juga, apa Kiram nak takut sangat? Kalau
kau boleh hantar lanun kau untuk ceroboh negara orang dan bunuh pasukan
keselamatan kita, takkan kita tak boleh nak masuk negara kau dan bunuh
kau seorang?
Nyawa balas dengan nyawalah dan dalam mood rakyat
Malaysia hari ini, tak seorang pun akan mempertikaikan tindakan kerajaan
kalau menghantar pasukan pembunuh ke Filipina untuk menamatkan riwayat
Kiram. Walaupun begitu, penulis tidak rasa itu pendekatannya kerajaan
sekarang.
Kiram pun dah tak sihat sangat dah tu, mata buta
sebelah, buah pinggang masalah, membunuh si tua zalim ini hanya
membazirkan peluru dan membuang masa kerajaan untuk melayan kecaman
antarabangsa kerana tindakan seumpama itu.
Lagipun kerajaan
Filipinan sangat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia semenjak insiden
pencerobohan ini berlaku sehingga tidak disenangi keluarga lanun ini
sendiri. Kononnya Presiden Filipina, P’noy menyebelahi kerajaan
Malaysia, eh dah tentulah, takkan dia nak sokong rakyat dia ceroboh
negara lain.
Kang kita pulak ceroboh Filipina, apa P’noy nak kata?
0 comments:
Dí lo que piensas...