Tuesday, March 26, 2013

Hapuskan Musang Berbulu Ayam

26 Mac 2013 Aku melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu ini bukanlah hanya hal mereka nak menuntut Sabah. Malah aku memang yakin ada tangan2 ghaib disebalik insiden ini.

Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia untuk menghancurkan negara kita. Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang ini?

Setelah puas berunding akhirnya berperang jugak kita dengan kerabat monyet2 Sulu itu ... dan yang sedihnyer konflik ini telah menyebabkan beberapa nyawa terkorban baik dipihak anggota keselamatan kita begitu jugak dipihak penceroboh itu sendiri.

Aku memang dah lama tak mahu terjebak dalam konflik politik separuh masak yang sedang hangat berlangsung dalam negara kita sekarang ini ... apa tidaknya ... puak sini tuduh puak sana ... yang puak sana plak tuduh puak sini ... yang sini tuduh yang sana bersekongkol dengan pihak musuh nak menghuru-harakan negara ... yang sana plak tuduh yang sini saja bersandiwara nak fitnah diorang ... akhirnya kita semua jadi gila.

Sebenarnyer masing-masing cuba nak mengambil kesempatan politik (political millage) ... walaupun mungkin ada yang menafikan tapi itu lah realitinyer ... eloknyer orang-orang macam ni di hantar jer ke Sulu tu ... aman sikit negara kita.

Bagi aku senang aja ... kalau lah tuduhan tu betul dan siap dengan bukti ... suruh aja polis kita siasat ... biar lah mahkamah yang menghukum si pengkhianat tu ... tapi kalau stakat nak menghabiskan air liur dan nak memeningkan kepalo otak orang kampung ... maklumat pun dicedok dari internet ... baik tak payah ...

Dan tanpa kita sedari sebenarnyer ada lagi pengkhianat besar yang masih bebas berkeliaran disekeling kita ... malaon ni memang bahaya ... sanggup menjual negara semata-mata inginkan kuasa ... dan apa yang berlaku sekarang ... sehingga membuatkan negara kita terdedah kepada pihak musuh juga berpunca dari tindakan si malaon pengkhianat ini ler ...

Akhirnya Pasukan Keselamatan kita jugak yang dikerah untuk cuci mangkuk ... aku memang mintak orang-orang macam ni dikenakan hukuman sebarat2nya ... tak kira ler hukuman gantung atau ditembak dengan senapang gajah ... baru padan dengan muka diorang ... tak kira ler sapa ... baik pak menteri atau pihak mana sekali pun ... apa diorang ingat negara ni bapak diorang punya ker ... 

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!