Sunday, March 24, 2013

Hanis Zalikha Buka Mulut Isu Demand



Hanis Zalikha Buka Mulut Isu Demand
24 March 2013
KUALA LUMPUR -  “Saya anggap gosip sebegini seperti angin lalu yang meniup rambut saya sehingga kusut, tapi selepas itu saya akan betulkan kembali rambut dan ia akan kembali seperti sedia kala,” kata Hanis Zalikha berhubung dakwaan dia kini sudah mula besar kepala.
Memetik laporan Sinar Harian, Hanis atau nama sebenarnya, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, berkata, isu yang mengatakan dia ‘demand’ pernah timbul sebelum ini dan dia lebih gemar mengambil sikap berdiam diri, kerana menganggap perkara itu akan berlalu begitu sahaja.
“Saya akui agak terkejut dan malu apabila ada pihak mengatakan saya mula ‘demand’ kerana meminta bayaran untuk sesi fotografi.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah berbuat demikian dan saya juga faham artis dan wartawan saling memerlukan,” katanya.
Menerusi sebuah akhbar minggu lalu, heroin filem Gangster Celop ini dikatakan meminta bayaran kepada salah sebuah organisasi media untuk mengambil gambarnya.
Ditanya adakah ini antara agenda sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kariernya, Hanis berkata: “Saya tidak tahu ia sabotaj atau agenda menjatuhkan nama saya.
“Bagaimanapun, saya bersikap positif dan tidak mahu terlalu melayan cerita-cerita negatif seperti ini,” jelasnya.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!