20 March 2013
Bersempena dengan edisi ke 15 tahun F1 Grand Prix Malaysia, grup
terkenal Amerika Syarikat Guns N’ Roses diterbangkan khas buat rakyat
Malaysia. Sebuah konsert dipersembahkan sejurus selesai perlumbaan F1
dan hanya yang terbaik diberikan buat peminat FI tempatan.
Ditubuhkan di Los Angeles pada tahun 1985, grup dengan nama Guns N’
Roses yang pernah memenangi Anugerah Grammy dan menjual lebih 100 juta
unit album ini dibawakan buat khalayak pada 24 Mac ini di Helipad,
Sepang.
“Ini merupakan kali pertama grup legenda ini beraksi di Malaysia dan
penonton boleh menjangkakan persembahan yang menarik,” ujar Datuk Razlan
Razali, Ketua Pengarah Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang.
Pada tahun 2009, grup British Jamiroquai pernah hadir dalam acara dan
lokasi yang sama dan mendapat sambutan lebih 20,000 penonton.
“Guns N’ Roses masih mampu menarik perhatian umum dan kami harap para
penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan akan menunggu untuk menonton
persembahan Guns N’ Roses selepas itu,” ujar Datuk Razlan.
Hanya menghadirkan Axl Rose selaku vokalis dan anggota asal, khalayak
akan menyaksikan gabungan terbaru vokalis tersebut dengan grup barunya
yang dianggotai Ron ‘Bumblefoot’ Thal, DJ Ashba, Richard Fortus, Tommy
Stinson, Frank Ferrer, Dizzy Reed dan Chris Pitman. Grup dengan barisan
anggota baru ini sedang dalam proses pembikinan album baru di Los
Angeles.
Kumpulan tempatan iaitu Estranged dan Twilight Action Girl akan
menjadi pembuka acara bagi konsert Guns N Roses yang julung-julung kali
diadakan itu, Kumpulan Estranged yang merupakan pemenang Anugerah Juara
Lagu 2007 baru sahaja melancarkan album baru mereka bertajuk Anugerah
Hidup.
Tuesday, March 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...