24 March 2013
TOKYO
- Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui
permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain
Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata
seorang penyelidik Jepun semalam.
Menurut seorang penyelidik
dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh
bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada
tekanan tinggi.
Ia boleh bergerak pada
kelajuan sehingga 11.2m setiap saat. Bolt dari Jamaica memenangi pingat
emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan
kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP
0 comments:
Dí lo que piensas...