Thursday, March 28, 2013

Daphne Iking Kini Bergelar Dj Kelab

29 March 2013 Selebriti popular, Daphne Iking mengakui sudah bergelar DJ atau disk jockey di sebuah kelab.
Daphne turut mendedahkan dia pernah menjadi dj jemputan di sebuah kelab sebelum ini dan turut memberitahu bahawa dia akan membuat persembahan (spin) di Rootz, Lot 10.
“Ya dan malam ini (semalam) juga saya akan membuat persembahan disana,” katanya yang dipetik melalui Ohbulan.
Seperti kebanyakan dj kelab lain yang gemar menggunakan nama lebih komersial, Daphne juga tidak terkecuali apabila namanya dikenali sebagai Daph J ketika bertugas sebagai dj.
Namanya itu telah dicadangkan oleh suaminya sendiri iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe Azmi.
Dalam perkembangan lain, Daphne turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila dia dan dua lagi sahabat baiknya iaitu pelakon Yasmin Hani dan penyanyi Atilia Haron telah melancarkan jenama pakaian sendiri yang diberi nama Baajookoo.
Semoga kerjaya Daphne semakin berkembang maju di masa hadapan.
Daphne Iking

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!