Thursday, March 28, 2013

Adi Putra Tak Kecil Hati Tak Dapat Anugerah

28 Mac 2013 PETALING JAYA – Pelakon Adi Putra tidak berkecil hati ataupun mempunyai rasa marah sekiranya gagal menerima sebarang pengiktirafan sepanjang beberapa tahun bergelar pelakon.

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, dia menganggap perkara itu tidak akan memberi kesan kepada kehidupannya.
“Tidak jadi kudis kalau saya tidak menang sebarang anugerah kerana perkara itu tidak pernah menjadi tumpuan saya dan cukuplah saya sekadar melunaskan tanggungjawab saya sebagai pelakon,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Adi berkata, peminat adalah anugerah terbesar untuknya dan sokongan mereka membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk memperbaiki mutu lakonan.
“Tanpa peminat, saya tidak akan berada di tahap ini sekarang. Apa yang saya lakukan adalah demi menghargai segala sokongan mereka terhadap saya,” jelasnya.
Pun begitu kata Adi, dia tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian dan populariti yang dikecapnya dan perlu sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
Dalam perkembangan lain, Adi berkata, dia bakal menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel bertajuk Suami Aku Ustaz di bawah syarikat produksinya, Nur ADP Sdn Bhd selain turut berlakon sebagai watak utama dalam karya itu.
Selain itu, Adi yang bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Langgar pada 11 April ini turut sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama. – mStar Online

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!