Wednesday, March 27, 2013

Ahmad Shabery kecewa dengan persembahan hambar Harimau Malaya

27 Mac 2013 PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek amat kesal dengan persembahan hambar pasukan Harimau Malaya yang diaibkan Palestin 2-0 pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Beliau berkata perlawanan itu perlu dijadikan sebagai pengajaran terbaik untuk memperbaiki mutu dan kelemahan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal yang beraksi longlai dan mengecewakan semua pihak.

"Dari segi tahap pemain kita, saya sendiri tak puas hati. Walaupun ia perlawanan amal, tetapi pasukan kita begitu amal dan bermurah hati di mana begitu bersemangat menderma (dua gol) sehinggakan membuat banyak kesilapan.

"Saya anggap ini sebagai satu panggilan 'wake-up call' yang serius kepada pasukan kebangsaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan  Portal Pemetaan Belia Malaysia, di sini hari ini.

Skuad negara yang baru mencatat kemenangan 2-1 menentang Yemen dalam saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat lepas, ternyata  hilang rentak dengan persembahan kurang memberangsangkan sepanjang perlawanan.

Ahmad Shabery berkata Harimau Malaya juga mungkin akan kehilangan sokongan penyokong sekiranya anak buah Rajagopal gagal mempamerkan aksi  memberangsangkan pada perlawanan seterusnya.- Bernama

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!