Saturday, February 9, 2013

S 72 RSRA : Pesawat Hibrid Helikopter Dan Kapal Terbang


9 February 2013
Sikorsky S 72 Rotor Systems Research Aircraft ialah antara konsep pesawat yang unik tetapi tidak pernah dihasilkan untuk kegunaan awam. Pesawat hibrid hlikopter dan kapal terbang ini dihasilkan oleh NASA dan tentera Amerika Syarikat sebagai platform untuk menguji kemampuan pesawat boleh ubah. Secara teorinya S 72 boleh terbang menegak seperti dan terkantung-kantung seperti sebuah helikopter sebelum kipas helikopter dihentikan dan ianya terbang mendatar seperti sebuah kapal terbang. Dalam mod kapal terbang kipas helikopter dihentikan ianya akan berfungsi sebagai sayap berbentuk X. Untuk itu empat buah enjin dipasang pada pesawat ini. Dua enjin untuk mod helikopter dan dua lagi untuk mod kapal terbang.

Projek dimulakan pada tahun 1970 dan penerbangan pertama dilakukan pada tahun 1976. Selepas 60 jam penerbangan ujian konsep pesawat diubah dimana sayap kapal terbang, kipas helikopter dan enjin untuk mod kapal terbang boleh ditanggalkan mengikut kehendak pengguna. Dalam kata lain S 72 menjadi pesawat boleh ubah. Ujian dalam mod helikopter dan kapal terbang sahaja turut dilakukan. 
Menjelang 1980an tentera US diperkenalkan kepada konsep pesawat tilt rotor. Oleh sebab itu projek ini dihentikan serta merta pada tahun 1988. Dua buah prototaip yang dihasilkan disimpan di Kem Tentera Udara Edwards jauh dari tatapan awam. Tentera US kemudian memilih untuk menggunakan pesawat tilt rotor Bell Boeing  V-22 Osprey yang kini digunakan secara meluas di Iraq 
dan Afghanistan.






Laporan asal Sikorsky Archive dan AviaStar 





0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!