Monday, February 4, 2013

Rangka Milik King Richard II Ditemui

5.2.2013
London – Rangka manusia zaman purba yang ditemui di tempat letak kereta di Leicester disahkan sebagai milik Raja England, King Richard III selepas DNA yang dijalankan mendapati ia sepadan dengan waris keturunannya.
Perkara itu disahkan oleh pakar daripada Universiti Leicester.
Richard, terbunuh dalam peperangan pada 1485, iaitu pada usia 32 tahun selepas hanya dua tahun memegang tampuk pemerintahan.
Pemeriksaan yang dijalankan ke atas rangka tersebut mendapati terdapat 10 kecederaan dengan lapan di bahagian tengkorak.
Dua daripada kecederaan di bahagian tengkorak itu dipercayai membawa kepada kematian Richard.
Kerja-kerja mengcari gali rangka Richard dijalankan sejak Ogos tahun lepas di satu-satunya tempat letak kereta terbuka yang masih kekal di kawasan berkenaan.
Tulang-tulang tersebut ditemui pada hari pertama kerja-kerja cari gali berkenaan dijalankan.







mynewshub.my



0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!