2 Februari 2013
PENGURUS PKNS FC, Azmi Adnan berkata, pihaknya akan berbincang dengan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan isu kepulangan
bintang Harimau Malaya, Nazmi Faiz Mansor, yang akan beraksi dengan
PKNS, musim ini.
Jelasnya, perbincangan itu penting agar pemain yang pernah bermain dengan Beira Mar itu dapat turun beraksi pada 16 Februari ini dalam perlawanan Liga Super menentang Felda United.
"Isnin ini, kami akan berjumpa dengan FAM bagi membincangkan mengenai Nazmi.
"Dan saya berharap isu ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi membolehkan Nazmi beraksi nanti," katanya kepada pemberita selepas sidang media memperkenalkan Nazmi sebagai pemain PKNS.
Nazmi sebelum ini mencatat sejarah menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama yang pernah bermain di Liga Utama Portugal dan mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Desas-desus yang melaporkan Nazmi bakal mewarnai Liga Malaysia akhirnya terjawab apabila hari ini beliau disahkan telah menjadi milik pasukan berstatus kelab, PKNS.
Dalam pada itu, ketika ditanya kepulangan bintang muda berusia 19 tahun itu ke tanah air pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu persoalan apabila FAM yang bertanggungjawab membawa pemain itu ke Portugal tidak tahu-menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Nazmi, Azmi enggan mengulas lanjut.
"Saya sendiri pun tidak tahu kenapa, sebab itulah saya dan pihak PKNS yang lain akan pergi berjumpa dengan FAM.
"Mungkin kami akan membawa Nazmi sekali bagi memperjelaskan isu ini kepada FAM sendiri," katanya.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pemilihan Nazmi ke PKNS, Azmi menjelaskan bahawa pihaknya sendiri terkejut apabila ejen pemain itu menghubunginya dan memberitahu keputusan Nazmi untuk bermain dengan mereka.
"Kami memang terkejut, tapi bila dapat peluang mengambil pemain berbakat seperti Nazmi, kami tidak melepaskan peluang itu.
"Adalah satu kerugian jika melepaskannya, lagipun dengan kehadiran Nazmi ia dapat menguatkan lagi pasukan PKNS," ujarnya lagi....BERNAMA

0 comments:
Dí lo que piensas...