9.2.2013
Stesen janakuasa
Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di
kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliens serta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan
beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang
digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini
ditutup kerana kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak
lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.Selepas
penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula
seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu
syarikat Sime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Friday, February 8, 2013
Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Battersea Oleh Sime Darby
Malaysia Boleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...