Sunday, February 3, 2013

Pasal Rumahtangga, Erra Kata: Usah Tanya, Doakan Saja


KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Terpegun sebentar apabila menatap penghias sampul hadapan majalah InTrend bagi edisi Februari 2013. Wow dan cantiknya! Dua perkataan pertama yang mungkin terpacul dari mulut mahupun sekadar di dalam hati pada setiap mata yang menatap pose hot Erra Fazira itu.
Liuk lentuk bekas peragawati dan ratu cantik ini tampak begitu natural sekali memberikan pose yang daring, elegan dan classy dalam gaya tersendiri. Dua label fesyen mewah iaitu Gucci dan Micheal Kors di pilih si penata gaya buat primadona pujaan Malaya ini.
Erra Fazira yang sentiasa kelihatan cantik telah tampil lebih cantik dan begitu chic apabila dirias sedemikian. Aura seorang diva yang dimiliki beserta paras anggunnya itu melengkapkan pakej sebagai seorang bintang ternama dan pujaan ramai ini.
Untuk keluaran kali ini, InTrend tetap mahu cuba menjadi perantara kepada si ratu pujaan yang terus lagi diburu media serta peminat tentang persoalan mengenai hal rumahtangganya itu. Masih juga sama, tiada jawapan pasti daripada aktres itu.
Memetik tajuk artikel hasil nukilan Iqbaq V Azwan untuk halaman Profil tersebut yang berbunyi: "Usah tanya, doakan saja" jelas aktres tersebut tidak mahu mendedahkan sebarang kisah yang belum pasti. Tambah Erra, dia berharap peminat dapat mendoakan yang elok-elok dan baik-baik untuk dia dan rumahtangganya.
Bukan cerita gossip dan yang panas sahaja dikupas editorial InTrend mengenai Erra. Erra lebih rancak bercerita mengenai puteri tunggalnya, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun itu. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi kisah dan juga aksinya yang menarik menghiasi lembaran InTrend Februari ini.
Dua Itu Cinta terpampang di muka hadapan InTrend Februari 2013 menjelaskan sesuatu. Sudah tentu banyak kisah pahit manis bercinta mahupun tips bercinta mendominasi kandungan Februari yang sinonim dengan bulan cinta. Miliki InTrend Februari ini.


murai.com.my


0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!