Wednesday, February 13, 2013

Nora Danish Amalkan Surah 3 Qul Elak Sihir


14.2.2013
KUALA LUMPUR – Bagi menghindarkan diri daripada terkena sihir, pelakon, Nora Danish mengamalkan ayat bacaan surah 3 Qul serta beberapa surah lain hampir setiap hari.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, bacaan ayat-ayat berkenaan dilakukannya bagi menghindarkan diri daripada terkena sebarang perbuatan buruk.
“Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan bacaan ’3 Qul’ serta surah-surah lain dapat mengelakkan perkara buruk berlaku dan semoga saya dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada benda (sihir) itu,” katanya yang dipetik dari Mstar, di sini, hari ini.
Tambah ibu kepada seorang anak lelaki ini, dia telah mengamalkan bacaan tersebut sejak kecil lagi selain berbuat baik kepada semua orang agar tidak timbul perasaan benci mereka kepada dirinya.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjayanya pula, Nora kini dilihat sering saja keluar negara bagi menjayakan beberapa watak yang dilakonnya.
Kata Nora, selepas 10 tahun dalam industri lakonan ini, Nora ingin mencabar diri dengan melakonkan watak-watak lebih berani yang membabitkan aksi-aksi seni mempertahankan diri.
“Saya ingin membuktikan bahawa saya juga boleh membawa watak-watak aksi. Asyik jadi wanita sedih sahaja.
“Pengalaman berlakon filem Bencinta bersama Qi Razali pada hujung tahun lalu yang memerlukan saya menunjukkan skil seni mempertahankan diri membuatkan saya rasa seronok pula,” ujarnya.


0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!