Monday, February 4, 2013

Dibidik balik perbicaraan

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa.

CERMIN kereta mangsa pecah ditembak.

5.2.2013
Melaka: Seorang tertuduh yang baru selesai menghadiri perbicaraan berhubung kes samun di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh ditemui mati dalam keretanya dipercayai ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Tun Abdul Razak, berdekatan Persimpangan Industri Ayer Keroh, di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, S Saravanan, 39, memandu kereta Honda Accord di lorong kiri menghala Ayer Keroh ditemani seorang rakannya berusia 28 tahun.

Sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah stesen minyak itu, seorang daripada dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan bertopi keledar penuh menghampiri lalu melepaskan beberapa tembakan ke arah mangsa.

Tembakan ke arah cermin bahagian pemandu dan cermin depan itu mengena pada bahu serta leher mangsa yang mati di tempat kejadian.
Kereta berkenaan yang berhenti menunggu lampu isyarat turut melanggar dua kenderaan lain di depannya.




Harian Metro



0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!