Malam semalam telah berlangsungnya kenduri tahlil serta doa selamat yang diaturkan oleh pelakon terkenal, Norish Karman bertempat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Menurut Norish Karman (NK), kenduri yang dilakukan olehnya ini adalah atas niat ikhlas sempena sambutan Maulidur Rasul minggu lalu dan ia bukan bertujuan untuk menunjuk alim atau sebagainya.
“Tak perlu nak pertikaikan NK pakai jubah sekarang ini untuk tunjuk alim atau sebagainya. Kenduri ini memang niat saya sempena bulan Maulidur Rasul.”
“Lagipun ini bukan sidang media, tapi ia adalah sesi ramah mesra antara saya dan pihak media.”
Dalam pada itu, menerusi sesi ramah mesra bersama NK, pelakon ini telah sempat melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan segala cerita-cerita negatif yang dilemperkan terhadap dirinya dan berharap agar segala kontroversi tersebut dapat diberhentikan.
“Sedih dengan berita-berita yang mengaitkan pasal diri saya. Saya sedih sebab saya tahu siapa yang menulis dan saya tahu apa tujuannya.”
“Saya kenal siapa yang menjaja cerita ini. Dia ada empat orang anak dan dia buat begini sebab irihati melihat anak-anak dia rapat dan sayang pada saya.”
“Saya kenal dia sejak lima tahun lalu dan saya dah anggap dia macam keluarga saya sendiri. Jadi, saya harap benda-benda macam ini dapat diberhentikan.”
Berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan antara NK dengan anak-anak wanita terbabit pada ketika ini, aktres tersebut menyatakan bahawa dia mendengar cerita yang mengatakan bahawa, anak-anak wanita tersebut mengadu diri mereka didera mental dan fizikal.
“Wanita tersebut sering juga mengadu dan menangis pada saya yang anak-anaknya tidak lagi patuh padanya. Saya cuma ingin membaikkan keadaan dengan berbincang dengan kesemua mereka secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian, pada mulanya semua sudah dianggap selesai tapi rupanya dia masih tak puas hati.”
“Apa yang dah jadi saya redha.”
“Dia tuduh saya simpan dokumen anak-anak dia? Buat apa saya nak simpan? Bukan dapat apa-apa pun,” tegas NK penuh kesal.
Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melanda aktres berbakat ini, timbul juga persoalan di kalangan pihak media, benarkah dakwaan wanita tersebut yang mengatakan kononnya NK ingin merampas suaminya dan adakah benar NK rapat dengan suami wanita tersebut?
“Dia tuduh, biarlah nak kata apa pun.”
“Suami dia tu dah berusia 66 tahun dan bekerja sebagai bomoh, tak mungkin saya nak lelaki macam itu. Saya hormat mereka sekeluarga.”
“Ini semua kerana sifat irihati.”
“Saya memang rapat dengan suami dia, dengan anak-anak, satu keluarga dia memang saya rapat dan dah anggap macam keluarga. Saya sedih apabila cerita macam ini keluar.”
“Saya turut terkilan dengan sikap media tertentu yang menghentam peribadi saya tanpa merujuk pada saya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan.”
Memandangkan kontroversi sebegini mampu memburukkan reputasi diri serta nama NK, jadi terdertik juga persoalan, benarkah ketika ini NK sudah tiada tawaran dalam bidang lakonan dan adakah perkara sebegini turut menutup periuk nasi NK?
“Memang dah 6 bulan saya tak berlakon. Kali terakhir saya berlakon adalah drama ‘Julia.’ Walaupun saya tak ada rezeki dalam berlakon, tapi saya masih ada dua belah tangan dan masih lagi mampu mencari rezeki dengan cara lain. Kalau nak tahu sekarang ini saya sedang jalankan perniagaan katering dari rumah dan banyak menerima jemputan untuk memberikan ceramah motivasi di institut pengajian dan syarikat-syarikat.”
Merujuk perkembangan terbaru, Norish Karman kini sedang aktif menjalankan ‘road tour’ untuk albumnya yang berjudul ‘Terus Melangkah’ dan sejak minggu lalu dia telah pergi menjelajah ke beberapa buah negeri seperti di Johor Bharu, Singapura dan akan datang di Sabah serta Melaka. Kesemua ‘road tour’ tersebut mendapat tajaan beberapa badan korporat.
Kredit Foto : Danish
0 comments:
Dí lo que piensas...