1 Februari 2013
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi menyatakan penglibatan Kumpulan Media Karangkraf dengan penganjuran program ilmu mampu membantu kerajaan memupuk budaya membaca dikalangan masyarakat.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha mendidik masyarakat dengan budaya membaca.
Bagaimanapun, beliau berkata, penglibatan syarikat swasta dan lain-lain mengadakan program yang berbentuk keilmuan mampu membentuk budaya membaca di kalangan masyarakat dengan lebih baik.
"Saya mengucapkan syabas kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd kerana berjaya menganjurkan program berbentuk ilmu ini.
"Bagi pihak kementerian, dari semasa ke semasa kita sentiasa berusaha mendidik masyarakat supaya memupuk sifat membaca.
"Namun kita perlukan kerjasama syarikat swasta dan lain-lain untuk bersama membantu kerajaan, seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Media Karangkraf," kata beliau ketika berucap merasmikan Karnival Karangkraf 2013 hari ini, di sini...sinar

0 comments:
Dí lo que piensas...